Thursday, 28 April 2011

~GuNuNg BeRLuMUt~


Gunung Belumut yang terletak 18 kilometer di timur Kluang ialah gunung kedua tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter, sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.
Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.
Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama dua jam.

~GuNuNg TaHaN~





Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.
Pendakian paling cepat 9 hari di dalam hutan bagi mereka yang sihat. Jika dikira dari Kuala Lumpur kena tambah 2 hari lagi. Terpaksa merentas sungai dan trak yang sangat mencabar. Bagaimanapun trak ini terbuka kepada orang ramai. Dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai Taman Negara.

Pendakian bermula dari Kuala Tahan ke Kuala Melantai ambil masa 5 hari. Di Kuala Tahan ada ibu pejabat Taman Negara.
Terpaksa naik bot, tidak ada jalan raya. Bot terpaksa ditempah terlebih dahulu dengan cara menulis kepada pejabat cawangan Taman Negara di Kuala Lumpur. Bayaran bot sekitar RM10.00 hingga RM120.00 setiap orang , bergantung kepada bilangan orang.
Masa terbaik mendaki ialah antara bulan Februari dan Mac kerana kurang hujan. Bulan Oktober biasanya hujan turun hampir setiap hari. Taman Negara ditutup kepada pelawat dari 15 November hingga 15 Januari setiap tahun.

~GuNuNg KiNaBaLu~



Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.


Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

~GuNuNg JeRai~


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.


Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

~GuNuNg LeDaNg~

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Wednesday, 27 April 2011

~HoTeL YaNg tErKeNaL Di kUaLa LuMpUr~

The Legend Hotel: Lagenda Kontemporari Di Kuala Lumpur


Dengan kedudukannya yang strategik di atas kompleks membeli-belah The Mall dan berhadapan dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), The Legend Hotel KL merupakan sebuah hotel yang paling sesuai didiami sekiranya anda ingin meneroka ibukota metropolitan Kuala Lumpur.

Sangat berdekatan dengan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) serta stesen bas Hentian Putra, hotel gah lima bintang ini juga menawarkan pilihan bilik yang terbaik dengan pemandangan terhebat ibu negara. Di luar jendela anda, pasti dapat melihat Menara Berkembar KLCC serta Menara KL yang tersergam indah.
executivesuitekingbedro The Legend Hotel: Lagenda Kontemporari Di Kuala Lumpur
Kesemua bilik dan suite hotel ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terbaik. Segalanya menjadi lebih menarik kerana Legend KL turut menyediakan pangsapuri kediaman (serviced apartments) buat para tamu yang ingin tinggal lebih lama di situ. Unit-unit pangsapuri ini juga mempunyai lebih banyak kemudahan seperti sebuah dapur kecil dan ruangan yang lebih besar.
executivesuitekinglivin The Legend Hotel: Lagenda Kontemporari Di Kuala Lumpur
Yang teristimewa di hotel ini juga adalah bilik-bilik khas Legend Crest yang sangat eksklusif. Bilik-bilik ini mempunyai ruangan daftar-masuk (check -in) serta ruang makan yang berbeza dari para tetamu hotel yang lain. Jika para pengunjung mendaftar masuk di kaunter resepsi utama, penghuni Legend Crest ada kaunter khas buat mereka sahaja. Malah mereka juga bersarapan di ruangan istimewa buat Legend Crest dan boleh memesan makanan dan minuman di situ sepanjang hari.
monkeybar894669934 The Legend Hotel: Lagenda Kontemporari Di Kuala Lumpur
Hotel Legend KL juga terkenal dengan restoran-restoran hebatnya yang menyediakan di antara hidangan paling lazat di ibukota. Antara restorannya termasuklah Di-Atas Brasserie, yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa, Museum Chinese Restaurant untuk masakan Cina yang enak, Gen Japanese Restaurant, restoran Jepun yang mempunyai pilihan makanan Jepun terbaik sambil berlatarbelakangkan keindahan bangunan-bangunan tertinggi Kuala Lumpur, Berisi Lounge, di lobi, serta Moneky Bar, kelab malam popular yang turut menghidangkan makanan selain minuman dan hiburan yang menarik.
reception378359384 The Legend Hotel: Lagenda Kontemporari Di Kuala Lumpur
Dengan pelbagai kemudahan hotel yang lain seperti kolam renang, dewan khas, gimnasium dan lain-lain lagi, nama serta kehebatan hotel ini benar-benar seperti sebuah legenda kontemporari yang tersemat di tengah ibukota.

~TaMaN ReKrEasi GuA KeLaM~

Gua Kelam
Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.
Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.