Tuesday, 26 April 2011

`tAmAn TeMa AiR BuKiT gAmBaNg~

Taman Air Bukit Gambang

TAMAN Air Bukit Gambang (TABG) di Bukit Gambang Resort City dikelilingi hutan rimba semula jadi seluas 219 hektar.

Terletak kira-kira 40 kilometer dari Kuantan, TABG menjanjikan konsep percutian keluarga penuh keriangan.

Pastinya seronok menggelongsor sepanjang 100 meter dengan enam lorong di gelongsor air paling tinggi di TABG.

Gelongsor air itu yang dikenali Tin Mine Racer adalah tarikan terbaru taman air itu yang memberi keseronokan tersendiri menuruni `lurah air´ ekstrem cukup mencabar.

Bertemakan `Stay Cool, Get Wet´, si kecil pasti teruja dengan Penguin Island, apatah lagi dengan `kehadiran´ seekor ikan pirana yang `memuntahkan´ 250 liter padu air.

Di pulau ini, pengunjung boleh menyertai pengembaraan dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) termasuk 50m di terowong ais.

Tree Top Hill pula menjanjikan cabaran lebih hebat dengan gelongsor air di celah pokok berusia ratusan tahun. Tambah menarik apabila hanyut bersama ahli keluarga di pelampung yang menggelongsor laju sepanjang 104.2 meter, gelongsor galaksi (86.9 meter) dan gelongsor kristal (87.1 meter).

Cabaran Family Raft sepanjang 220 meter adalah terpanjang di Malaysia dan boleh dinaiki sehingga lima orang pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment