Tuesday, 26 April 2011

~tAmAn TeMa SuNwAy LaGoOn~




 


 Sunway Lagoon

PENERIMA anugerah Taman Tema Paling Menarik di Asia bagi kategori pertengahan tiga kali berturut-turut oleh Pertubuhan Taman Hiburan dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA), Sunway Lagoon menawarkan keseronokan yang tiada penghujung.

Ia mempunyai lima taman tema iaitu taman ekstrem, taman tema hiburan, taman tema air, taman hidupan liar dan Scream Park.

Bagi yang suka sukan ekstrem, Sunway Lagoon baru-baru ini memperkenalkan produk terbaru iaitu sukan bungy jump yang pertama di Malaysia.

Permainan `paintball´, pengembaraan menggunakan ATV dan aktiviti `rock-climbing´ antara sukan lasak yang boleh dilakukan di sini.

Mahu kelainan, G-ForceX umpama lastik besar yang pasti membuatkan jantung anda berdegup kencang.

Meneruskan cabaran, Scream Park memberi peluang kepada pengunjung mengikuti pengembaraan interaktif menyeramkan Night At The Museum LIVE! yang diilhamkan daripada filem blockbuster , Night At The Museum 2: Battle of the Smithsonian.

Kekuatan semangat pengunjung juga akan diuji dengan pengalaman menyeramkan selama 20 minit dengan Prison Break LIVE!

Memasuki zon World of Adventure, bersedia untuk menjerit sekuat hati bagi melawan ketakutan terutama yang fobia dengan ketinggian ketika menaiki Tomahawk ataupun Pirate´s Revenge.

Selain itu, antara aktiviti yang boleh disertai pengunjung di zon itu termasuk Wagon Wheel, Fun Fair, Lost City of Gold, Tiger Advanture, Apache Pots, The Cave dan Pedestrian.

Wild Wild Wet di bahagian atas Sunway Lagoon menjanjikan keseronokan taman tema air yang pasti membuatkan anda basah. Tiada kolam renang, tetapi semua `ride´ pasti membuatkan anda balik dengan baju yang basah.

Berkunjung ke Wildlife Interactive Zoo iaitu zoo mini seluas 3.2 hektar yang dibina berkonsepkan pendidikan dan hiburan di mana pengunjung terutama kanak-kanak berpeluang melihat, memegang dan belajar lebih 160 spesies haiwan.

Antara haiwan itu ialah ular sawa Albino, burung gagak Albino, arnab kucing, binturong, Flamingo Caribbean, Ferret, tupai gergasi, iguana hijau, burung nuri kepak hijau, kucing harimau bintang, tapir Malaya, burung unta, burung undan, siamang tangan putih, tupai putih dan burung kakak tua putih.

Selain Sunway Surf Beach yang menyediakan ombak dan pantai buatan persis pantai sebenar menjadi tumpuan, `Waters of Africa´ adalah zon yang sangat digemari di Sunway Lagoon.

No comments:

Post a Comment