Pulau Redang telah diketahui umum bahawa ia merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Ia terletak kira-kira 45km dari pantai Kuala Terengganu. Terdapat pulau-pulau kecil lain di sekitar Pulau Redang iaitu Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu , Pulau Ling, dan Pulau Pinang.
Pasti anda akan sangat kagum dengan keindahan alam semulajadi di sini, pasirnya halus memutih dan air laut yang sangat jernih menampakkan batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan terumbu karang.
Selain merehatkan minda, pelbagai aktiviti lain boleh dibuat di sini seperti snorkel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan berkanu. Jika anda bertuah, anda juga boleh menyaksikan penyu mendarat untuk bertelur di Pulau Redang (di Pulau Pinang) ini.
Terdapat begitu banyak ikan terumbu karang yang sangat cantik dan berwarna-warni di Taman Laut Pulau Redang ini. Saya juga pernah terjumpa penyu ketika melakukan aktiviti snorkel di sini.
Pengangkutan utama ke Pulau Redang adalah dengan feri di jeti Shah Bandar Kuala Terengganu atau Jeti Merang.
No comments:
Post a Comment