Tuesday, 26 April 2011

~tAmAn tEmA tHe cOsMo'S wOrLd

The Cosmo´s World

COSMO´S World adalah taman tema dalaman yang terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis permainan khusus untuk seisi keluarga.

Terletak di dalam kompleks beli-belah Berjaya Times Square dengan keluasan melebihi 133,000 kaki persegi, pelbagai kemudahan permainan disediakan.

Secara khususnya, Cosmo´s World dibahagikan kepada dua tema berasingan iaitu Galaxy Station dengan enam cabaran permainan dan Fantasy Garden dengan lapan jenis permainan untuk kanak-kanak dan keluarga.

Bagi yang suka cabaran, cuba permainan Supersonic Odyssey iaitu roller coaster yang bergerak pantas mengelilingi segenap ruang taman tema itu.

Selain itu, cabaran Spinning Orbit yang akan membawa pengunjung naik setinggi 30 meter ke udara dan kemudian berpusing terbalik cukup menyeronokkan.

Beralih ke Fantasy Garden, suasananya menarik. Memasuki zon itu, pengunjung akan disambut dengan bunga-bungaan gergasi, sayuran dan pelbagai hidupan lain di setiap sudut.

Pelbagai permainan khas untuk kanak-kanak yang menanti antaranya Fantasy Trail yang akan membawa pengunjung melalui kawasan taman tema dengan pemandangan yang menarik.

Selain itu, permainan Molly Cool´s Swing iaitu sebuah bot yang bergoncang pastinya cukup menghiburkan.

No comments:

Post a Comment