Tuesday, 26 April 2011

~TaMan TeMa KoTa KeRiAnGaN GeNtiNg HiGhLaNds~


Kota Keriangan Genting Highlands

KABUS yang menutupi pemandangan hijau di sepanjang jalan menaiki puncak Genting Highlands cukup menggambarkan kesejukan dan kesegaran di tanah tinggi itu.

Belum pun kaki melangkah ke Taman Tema Luar Genting Highland, hati meloncat keriangan dek keriuhan pengunjung yang berseronok bagaikan memanggil untuk turut serta.

Berkonsepkan resort untuk keluarga, Genting menyediakan lebih 500 jenis permainan dan 40 ´ride´ di Taman Tema Luar dan Dalam.

Sebagai pembuka `tirai´ keseronokan di Genting ini dan menghangatkan suasana dingin, Taman Tema Luar yang lebih santai dan meriah dengan permainan terutama untuk kanak-kanak adalah pilihan paling tepat.

Bagi permainan lebih `thrill´, cuba Cyclone, Corkscrew dan Space Shot yang pasti membuatkan anda memejamkan mata dari mula hingga akhir.

Permainan Pirate Train dan Tea Cup pasti membuatkan anda sekeluarga menjerit, selain gelak tawa si kecil apabila menaiki Circus Ride dan Junior Bumper yang melekakan.

Puas bermain di luar, taman tema dalam menggabungkan taman tema serta pusat beli-belah dilengkapi monorel dan roller-coaster.

Snow World pula memberi peluang anda menikmati suasana pada musim salji.

Rainforest Splash Pool pula memberikan anda sedikit kelainan selepas seharian menjerit keseronokan. Dalam kehangatan airnya, anda boleh bermain Wave Pool, Action River, Big Bucket, Tornado Slide dan banyak lagi.

Permainan lain yang mesti dicuba di sini termasuk Corkscrew Roller Coaster, Space Shor, Grand Prix Fun Kart, Sky Venture, Snow World, X-pedition Wall dan Haunted adventure.

No comments:

Post a Comment